Klasifikasi kes bunuh Kugan Ananthan

Pada 23 Januari 2009, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Senator T. Murugiah bahawa kes ini diklasifikasi semula sebagai kes bunuh. Kematian itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan. Polis diarah menjalankan siasatan lebih rapi dan akan pendakwaan di mahkamah pada minggu depan jika semua berjalan lancar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.[13] Ahli keluarga ada hak mendapatkan autopsi kedua.[14]


Laman web [Malaysiatoday] menyiarkan poster dengan gambar Kugan disiksa dan tulisan liar "Polis Dahagakan Darah Kaum India". Mereka berkonvoi di Lebuh raya Bukit Jalil.


Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan. polis dan pejabat AG memerlukan tiga hari sebelum mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh atau menahan anggota polis yang bertanggungjawab. Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy seorang peguam di Seremban mempertikaikan polis terbabit belum ditahan hingga ke hari ini. Diskriminasi atau 'double standard' terhadap kaum India Malaysia yang tidak dapat mempertahakan diri, tidak patut berlaku.[15][16]


Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel kerajaan lebih telus agar dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap polis. Jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian , seluruh prosedur lokap dan rakaman kamera litar tertutup yang ada dalam lokap. [17][18]


Pada 24 Januari 2009, 11 anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan dipindahkan / ditempatkan di Balai Polis Petaling Jaya bagi melakukan kerja-kerja pejabat .[19]Pasukan siasatan khas Bukit Aman diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Polis beri jaminan tiada 'cover-up' dalam siasatan.